Tribut Untuk Palestina : Adakah Terkesan Derita Mereka Di Hati Kita?

Terpampang di dada-dada akhbar, bertambahnya angka kematian di Palestina,

Aku bertanya kepada kita semua, adakah terkesan derita mereka di hati kita?


Kita akui mereka saudara kita, padahal mereka jadi korban kita melihat sahaja,

Aku bertanya kepada kita semua, adakah terkesan derita mereka di hati kita?


Kita sibuk merayakan tahun baru, sementara para isteri di sana menjadi balu,

Aku bertanya kepada kita semua, adakah terkesan derita mereka di hati kita?


Betapa susahnya hati kita memikirkan soal perut dan makan, sedangkan di sana kebuluran,

Aku bertanya kepada kita semua, adakah terkesan derita mereka di hati kita?


Kita sibuk perkara khilaf, sedangkan tuntutan membela mereka tiada ikhtilaf,

Aku bertanya kepada kita semua, adakah terkesan derita mereka di hati kita?


Semasa berpagi – qunut nazilah kita ratibkan, petangnya – perkara Yahudi kita jadikan hiburan,

Aku bertanya kepada kita semua, adakah terkesan derita mereka di hati kita?



Yang kaya enak-enak mengumpul harta, sedangkan pembelaan mereka di sana perlukan infaq kita,

Aku bertanya kepada kita semua, adakah terkesan derita mereka di hati kita?


Kita hanya menonton sahaja zionis meratah-lapah rakyat Palestina, sedangkan “Barangsiapa yang tidak melihat urusan kaum Muslimin, maka dia bukan dari kalangan kita”,

Aku bertanya kepada kita semua, adakah terkesan derita mereka di hati kita?


Aku bertanya kepada kita semua, adakah terkesan derita mereka di hati kita?


Adakah perlu menunggu berpangku lengan sehingga mehnah yang mereka alami kita turut rasa?


Adakah sehingga kau melihat anakmu yatim piatu baru kau tersedar dari alpa?


Adakah sehingga kau melihat isterimu menjadi balu baru kau terjaga dari lena?


Maka sekali lagi aku bertanya kepada kita semua, adakah terkesan derita mereka di hati kita?



Ibn ‘AbdiLLAH As-Sarawaki

12.20am

Sabtu 3 Januari 2009,

Bintulu, Sarawak.

0 comments:

 
Ikatan Studi Islam Sarawak. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.