Takziah 1430H/2009M

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”


Tahun baru 1430H dan tahun baru 2009M. Satu kalendar Qamari yang berpaksikan perubahan, satu lagi kalendar matahari yang bermula mengikut perkiraan tahun kelahiran Nabi Isa a.s.


Ajal yang makin hampir


Saban tahun kita menyambut kedua-duanya... Tetapi, sedarkah kita yang sebenarnya umur kita yang bertambah sebenarnya merupakan satu kerugian bagi kita sekiranya kita gagal memanfaatkannya? Saya rasa adalah lebih wajar bagi kita mengucapkan takziah setiap kita menyambut tahun baru ataupun pada hari lahir supaya kita dapat memperingati diri kita dan sahabat-sahabat kita, bahawa kita hidup bukan semakin lama sebenarnya. Tetapi, kita semakin menghampiri kematian. Detik-detik yang berlalu umpama countdown sehingga tiba ajal yang mana datang tepat pada masanya tanpa dapat diawalkan walau satu saat dan tidak dapat dilewatkan walau satu saat. Tempoh hayat kita menjadi semakin singkat sedang kita tidak mengetahui bilakah tempoh yang dikurniakan itu akan berakhir.


Hayat yang panjang tidak memberi makna apa-apa sekiranya gagal dimanfaatkan. Janganlah kita berharapkah umur yang panjang, berdoa di malam Nisfu Sya’ban sedangkan ia mungkin melalaikan kita sebagaimana Firaun yang Allah kurniakan umur melebihi 500 tahun yang akhirnya menyebabkan dia berubah menjadi lebih jahat daripada seorang raja yang zalim kepada seorang raja yang zalim yang mengaku sebagai Tuhan.


Sebenarnya, yang perlu kita menadah tangan ke hadrat Ilahi ialah memohon keberkatan umur. Usia yang berlalu biarlah diberkati olehNya.


Save Palestin


Wa akhiran, sabda Nabi s.a.w.:


“Seorang Muslim ialah orang yang menyelamatkan orang Islam yang lain daripada lisannya dan tangannya. Dan orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah ke atasnya.”


Berdasarkan hadis sahih di atas, menjadi kewajipan bagi kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin yang berdepan dengan ujian yang cukup besar, berperang dengan Israel laknatullah. Kirimkanlah doa memohon pertolongan Allah bagi memenangkan mereka ke atas tentera zalim Zionis. Hulurkanlah bantuan kemanusiaan dalam bentuk pakaian, wang ringgit, makanan, kesihatan dan sebagainya. Bantulah mereka selagi kita masih mampu membantu mereka kerana kita khuatir Allah menarik balik nikmat aman dan kesenangan yang dikurniakan kepada kita. Di saat itu, tiada lagi upaya kita untuk membantu mereka bahkan diri kita sendiri belum tentu dapat mengecapi nikmat tersebut.



Timbalan Presiden,
Ikatan Studi Islam Sarawak.


Membelek sejenak halaman di dalam buku "The Magic of Thinking BIG", saya cukup terpesona dengan kupasan hebat oleh Dr David J Schwartz, seorang motivator yang prolifik dan terkenal. Apa yang lebih membuatkan saya lebih tertarik adalah kebanyakan isi-isinya amat selari dengan apa yang telah digariskan oleh ajaran Islam. Tidak keterlaluan jika saya katakan sekiranya Dr Schwartz merupakan seorang Muslim, pasti banyak dalil-dalil yang boleh beliau kemukakan sebagai pengukuh kepada hujjah-hujjah beliau di dalam buku self-help beliau yang hebat itu. Bagi saya, kedudukannya adalah setaraf dengan buku "La Tahzan" karangan Dr 'Aidh bin 'AbduLLAH Al-Qarni, cuma bezanya tiada dalil dan lebih banyak bersifat ke'korporat'an. Tentang keselarian beberapa hujjahnya dengan dalil-dalil itu, saya serahkan kepada anda untuk menelitinya sendiri - anda bacalah buku ini.


Di sini, saya tampilkan beberapa isi di dalamnya yang saya kirakan amat berguna dan menarik sekali untuk dijadikan bahan perkongsian.

Antara beberapa petikan yang suka saya kongsikan bersama:

"On some occassion you've probably heard someone say something like this, "It's nonsense to think you can make a mountain move away just by saying 'Mountain, move away.' It's simply impossible.

People who think this way have belief confused with wishful thinking. And true enough, you can't wish away a mountain. You can't wish yourself into an executive suite. Nor can you wish yourself into a five-bedroom, three-bath house or the high-income brackets. You can't wish yourself into a position of leadership.

But you can move a mountain with belief. You can win success by believing you can succeed.

There is nothing magical nor mystical about the power of belief.

Belief works this way. Belief, the "I'm-positive-I-can" attitude, generates the energy the power, skill and energy needed to do. When you believe I-can-do-it, the how-to-do-it develops.

Every day all over the nation young people start working in new jobs. Each of them 'wishes' that someday he could enjoy the success that goes with reaching the top. But the majority of these young people simply don't have the belief that it takes to reach the top rungs. And they don't reach the top. Believing it's impossible to climb high, they do not discover the steps that lead to great heights. Their behavior remains that of the "average" person.


But a small number of these young people really believe they will succeed. They approach their work with the "I'm-going-to-the-top" attitude. And with substantial belief they reach the top. Believing they will succeed - and that it's not impossible - these folks study and observe the behavior of senior executives. They learn how successful people approach problems and make decisions. They observe the attitudes of successful people.

The how-to-do-it always comes to the person who believe he can do it."


"Belief in great results is the driving force, the power behind all great books, scientific discoveries. Belief in success is behind every successful business, and even political organization. Belief in success is the one basic, absolutely essential ingredient in successful people."

"Disbelief is negative power. When the mind disbelieves or doubts, the mind attracts "reasons" to support the disbelief. Doubt, disbelif, the subconscious will to fail, the not really wanting to succeed, is responsible for most failures.

Think doubt and fail.


Think victory and succeed."

"How to Develop the Power of Belief:

Here are the three guides to acquire and strengthen the power of belief:

1. Think success, don't think failure. When you face a difficult situation, think "I'll win" not "I'll probably lose". Thinking success conditions your mind to create plans that produce success. Thinking failure does the exact opposite. Failure thinking conditions the mind to think other thoughts that produce failure.

2. Remind yourself regularly that you are better than you think you are. Successful people are not supermen. Success does not require a super intellect. Nor is there anything mystical about success. And success isn't based on luck. Successful people are just ordinary folks who have developed belief in themselves and what they do.

3. Believe BIG. The size of your success is determined by the size of your belief. Think little goals and expect little achievements. Think big goals and win big success."

Perkongsian yang saya bawa di atas tidak lain menceritakan bahawa betapa pentingnya keyakinan itu yang mempengaruhi peratusan kejayaan dalam segala jua yang kita lakukan - bahawa betapa keyakinan/belief (yang menjadi kunci kepada tindakan) adalah jauh lebih tinggi darjatnya berbanding panjang angan-angan (wishful thinking), lebih-lebih lagi apabila berjuang untuk Islam -pastinya keyakinan 'akan berjaya' itu perlu diletakkan setinggi-tingginya - dengan berpegang kepada janji ALLAH SWT bahawa Islam Pasti Menang!

WaLLAHua'alam

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki
2:51 am,
17 Disember 2008, Rabu
Bintulu, Sarawak.

Gaza n Us

(Salah seorang daripada kanak-kanak Palestin (Gaza) yang diancam maut kerana putus bekalan elektrik)
Salam.Kif hal?
Moga2 sihat semuanya.
Apa cerita Gaza dan Palestin?
Prihatin?
Selalu doakan?
Doa ape?
Fokus?
Kalau anda boleh ziarah blog ini, mesti boleh ziarah website ni , tak pun ni . kalau boleh bace arab lagi snang update , leh rujuk ni .Tak byk nk tulis. Tp tu yg terdetik kat hati..Sentiasa tanye dlm diri..
كيف حالك مع غزة ؟غزة الآن ، بلا طعام ، بلا دواء ، بلا ماء نظيف
Apa cerita kamu dengan Gaza?Gaza kini, tanpa makanan, tanpa ubat-ubatan, tanpa air yg bersih
Bukti iman adalah akhlak yang baik, bukti empati adalah sumbangan yang ikhlas, dan bukti cinta dan sayang adalah doa dengan sungguh-sungguh dan berterusan.
Jom sama-sama manfaatkan bulan Dzulhijjah, di waktu-waktu doa mustajab, waktu iftar dan qiyamullail, jgn lupakan saudara-saudara kita di seluruh dunia, khususnya Gaza dan Palestin.
Kalau kita lupakan orang masa orang susah, orang akan lupa kita bila kita susah.
Mudah kot?
Tp biaselah kan .. manusia.
Later.
Salam
~from: tame n imj

Salam Eidul Adha 1429H


Selamat menyambut Eidul Ahdha buat seluruh umat Islam khususnya penggerak ISIS dan mahasiswa Islam di Sarawak. Semoga roh pengorbanan yang dipahat dalam sejarah Nabi Ibrahim a.s. dalam kita terapkan dalam kehidupan seharian.
 
Ikatan Studi Islam Sarawak. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.